Pertandingan bercerita

March 2011

Bercerita merupakan satu aktiviti yang boleh meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan idea serta kreativiti seseorang sama ada bagi pencerita atau penonton. Untuk pengetahuan, aktiviti bercerita merupakan satu permainan tradisional bagi kalangan masyarakat Melayu, cina mahupun India. Pada zaman dahulu, kebanyakkan orang mengadakan permainan bercerita bagi mengeratkan siraturahim antara ahli keluarga, saudara-mara dan jiran tertangga.Bagi mengelakkan permainan atau aktiviti ini tidak ditelan zaman, pihak kerajaan mahupun pihak NGO turut serta bersama untuk mengabadikan permainan atau aktiviti bercerita di sanubari generasi muda. Oleh yang demikian, sekolah kami turut menyongkong segala dasar dan perancangan pihak kerajaan bagi mencapai wawasan 2020.Bagi mencungkil bakat daripada kalangan murid, sekolah kami telah mengadakan pertandingan bercerita dari tahun 1 hingga tahun 6. Setiap kelas diwajibkan untuk menghantar 4 orang wakil dalam pertandingan ini.

0 comments:

Post a Comment