Read More......

RIMUP

November 2011


Pada Tahun 2011 sekolah kami menjadi tuan rumah bagi mengadakan Program RIMUP.

KONSEP
RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.

MATLAMAT
Matlamat Rimup adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

OBJEKTIF RANCANGAN
RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu:
  • Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan muird serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.
  • Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang.
  • Melahirkan persefahaman dan toleransi antara muird pelbagai kaum di sekolah.
  • Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersam-sama.


Pendaftaran

Perasmian

Ucapan Perasmian

Ucapan Perasmian

Pertandingan

Pertandingan



Pertandingan



Pertandingan


Read More......

Penyambutan Hari Kanak-kanak

Oktober 2011

Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut pada mana-mana hari Sabtu dalam bulan Oktober setiap tahun di Malaysia.Objektif Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia [World Children's Day] yang diadakan saban tahun adalah untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada generasi kanak-kanak. Sambutan ini diharap dapat memberi kesedaran mengenai peranan dan tanggungjawab kerajaan dan masyarakat untuk memelihara hak dan masa depan kanak-kanak.

kami juga anak dunia
punya hak untuk merasa
aman bahagia juga sejahtera
walau pun kami terlewat tiba

pusaka kami bebas dirompak
kalian kamu buta tak nampak
warisan kami musnah dilanyak
bukankah kami semuanya layak

kami hadir ke dunia ini
bersama tiket milik sendiri
kami membawa budi pekerti
bukan meminta mohon simpati..

Majlis penyambutan Hari Kanak-kanak dengan penuh meriah di sekolah kami dengan bantuan pihak PIBG.



Persembahan ahli silap mata



Sambutan hari Jadi


Penyampaian Hadiah



Para guru dan ahli PIBG sedang sibuk mengagihkan KFC kepada murid



Perasaan kegembiraan jelas terukir di air muka murid

Read More......

Moon cake Festival



September 2011


Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh (Cina Ringkas: 中秋节; Cina Tradisional: 中秋節; pinyin: zhōngqiūjié) merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (1280 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Kuih bulan juga dikaitkan dengan Pesta Tanglung, namun ini adalah perayaan berbeza.

Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September. Ia selalunya hampir dengan ekuinoks musim luruh. Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang dan terang, menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas. Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting selain Hari Tahun Baru Cina. Perayaan ini disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan, selain dengan kuih bulan itu sendiri.

Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.

Sekolah kami telah mengadakan aktiviti pertandingan mencipta 'tanglung' dengan tujuan untuk mencungkil bakat kreativiti dan kesenian. Justeru itu, penyambutan perayaan 'Moon cake festival " di sekolah adalah bertujuan para murid dapat mengetahui asal usul perayaan ini dan tidak ditelan zaman.


Murid-murid berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membuat "tanglung"













Read More......

Hari Kemerdekaan






Ogos 2011

53 Tahun Kemerdekaan

Setelah 53 tahun mengecapi kemerdekaan, Malaysia membangun dengan penuh bergaya. Pembangunan yang dicapai begitu pantas dan dinamik. Kekukuhan ekonomi dan perpaduan kaum menjadi kunci kepada keutuhan kemerdakaan yang telah dilalui. Rakyat menikmati agihan kestabilan politik, kemewahan ekonomi dan keadilan sosial yang sama dan seimbang. Pendidikan terus memacu rakyat untuk menjadi bangsa yang moden, beradab dan dihormati. Malaysia harum di pentas dunia sebagai sebuah negara membangun yang maju dan stabil.

Beberapa mercu tanda seperti projek pengeluaran kereta nasional pertama Proton Saga yang merintis industri permotoran negara, pembinaan Menara Berkembar Kuala Lumpur yang pernah diiktiraf sebagai di Menara Tertinggi Di Dunia, pembinaan Litar Antarabangsa Sepang yang berjaya menaikkan imej negara khususnya dalam penganjuran sukan lumba kereta Formula One selain mengangkat nama Petronas dalam melahirkan tenaga mahir dalam bidang permotoran dan pelbagai lagi mercu tanda dan kejayaan yang dicapai menjadi produk kebanggaan rakyat Malaysia.

Persediaan menghadapi badai langit terbuka telah dilakukan dengan penubuhan Koridor Raya MultiMedia (Multimedia Super Corridor) agar setanding dengan Lembah Silikon di Amerika Syarikat. Pencapaian rakyat Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila sekumpulan pendaki berjaya menawan puncak Everest pada 15 Mei 1997, berenang merentasi selat Inggeris pada 3 Ogos 2003, ekspedisi penerjunan di kutub utara pada 2003 dan ekspedisi solo menawan benua Anrtartika pada 2004. Pada 10 Oktober 2007, angkasawan Malaysia yang pertama telah dihantar ke Stesyen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Sekolah kami turut membara semangat patriotik dengan melancarkan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik bersama dengan sertaan pihak PIBG, para ibubapa dan murid-murid bagi membara semangat patriotik di kalangan sekitar para penduduk Air Kuning Selatan.


















Read More......