Mesyuarat Tahunan PIBG Tahun 2011

March 2011

Pertubuhan PIBG memainkan peranan penting dalam setiap sekolah bagi mencapai visi dan misi sekolah. Untuk pengetahuan, sesebuah sekolah tidak akan berjaya sekiranya tiada sokongan padu daripada pihak ibubapa, murid dan guru. Justeru itu, mesyuarat PIBG akan dijalankan pada setiap tahun di mana ahli jawatan kuasa daripada pihak ibu bapa akan bersama dengan guru sekolah bagi merancang rangka rancangan tahunan demi meningkatkan prestasi sekolah mahupun luaran atau dalaman. Mesyuarat PIBG akan dijalankan pada setiap tahun bagi pemilihan Ahli Jawatan Kuasa baru untuk menyandang jawatan dan mejalankan tugasan seperti mana yang telah dirancang dalam perancangan tahunan rangka kerja. Pada tahun ini, mesyuarat PIBG telah diadakan pada bulan Mac. Dalam majlis ini pelbagai acara diadakan seperti tarian kebudayaan tradisional cina dan penyampaian anugerah kepada guru matapelajaran yang terbaik dan murid lepasan UPRS yang mendapat keputusan yang cemerlang.

0 comments:

Post a Comment