Hari Guru

Tanggal 16 Mei


Tanggal 16 Mei, pada tiap-tiap tahun adalah merupakan hari kebesaran bagi guru. Guru sering diibaratkan lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Ia mengingatkan kita pengorbanan guru dalam melaksanakan agenda membentuk insan bergelar pelajar agar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelektual. Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Sekolah kami telah menyambut hari yang bermakna ini dengan penuh meriah bersama ahli PIBG, para ibubapa dan murid-murid. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik telah dijalankan dan ia menjadi kenangan manis dalam sanubari setiap pihak yang terlibat.















0 comments:

Post a Comment